Ape yang kita faham tentang berkongsi keuntungan ni? Mesti kita akan terfikir tentang system multi level marketing(MLM) dimana system yang kita perlu cari lebih ramai orang untuk dapat lebih keuntungan . tapi, ape yang akan saya nak ceritakan kat sini bukanlah nak promote apa-apa barang untuk jualan, tapi masih tak lari daripada maksud BISNES, huhuhu.
Begini, Junjungan mulia Rasulullah SAW telah bersabda,
Sampaikanlah apa-apa daripadaku walau sepotong ayat..." [Sahih Bukhari daripada Abdullah Ibn 'Amr]
So, daripada hadith diatas, saya nak mengajak kawan-kawan untuk buat satu perniagaan, modalnya hanya beberapa butir nasihat yang disampaikan oleh Rasulullah, caranya adalah dengan menyampaikan nasihat tersebut pada kawan-kawan , saudara-mara dan siapa sahaja yang kita sayang. Mudahkan??? Jangan risau atau gusar, takkan ada tipu daya dalam perniagaan ini, sebab barang niaga anda adalah halal dan diredhai Allah.
Apa untungnya???of course la tak boleh dinilai sekarang, sebab nilai keuntungan yang kita akan perolehi tidak boleh ditukar kepada nilai currency (matawang) ciptaan manusia, keuntungan yang kita akan dapat akan ditransfer terus dalam akaun amal kebajikan akhirat.
Errmmm…sebelum saya terlupa, kalau anda yang mempunyai akaun-akaun facebook, twitter, frienster dll, gunakanlah untuk mendapat lebih ganjaran yang berlipat kali ganda sebab kawan-kawan anda kat semua akaun diatas mestilah ramai hingga beratus-ratus orang. Akhir kata, man jadda wa jadda (siapa yang berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya), lakukanlah seikhlas hati, moga Allah sentiasa bersama-sama kita.
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan terus dengan para alim ulama
p/s: kalau tengok tv, jangan tutup tika disiarkan alkuliyyah dan rancangan seumpama itu.
Kalau bace buku atau novel, jangan lupa bace alquran atau buku mengigatkan
kebesaran Allah
Rasulullah bersabda yang bermaksud: barangsiapa yang tidak mempedulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka.
0 comments:
Catat Ulasan