"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Sabtu, 5 Oktober 2013

muhassabah diri

Wahai diri..

Cubalah satu malam sahaja engkau duduk, lalu ajaklah dirimu meneliti aib diri. Jika harini engkau disanjung, dihormati, disegani, disebut-sebut namamu kerana jasa, kebaikanmu.

Ketahuilah, bukankah ALlah yang menutup aib dirimu ?

Cubalah jika ALlah buka segala kejahatanmu. Agak-agaknya di mana engkau akan meletakkan wajahmu ? Mahukah engkau terima segala pujian dengan senang hati sedangkan hakikatnya engkau wajar di keji ?

Tajamkanlah pandangan batinmu wahai diri. Duduk dan perhatikan setiap aib yang engkau ada.

Apa aib mataku ?
Apa aib telingaku ?
Apa aib lidahku ?
Apa aib tanganku ?
Apa aib kakiku ?
Apa aib perutku ?

Lebih dari itu...

Apa aib batinku ?
Apa aib jiwaku ?
Apa aib ruhku ?

Sebulan penuh mata tidak menangis kerana Allah; mata apakah ini ? Mata yang terpesona setiap kali melihat dunia ? Mata yang memandang hina orang lain dan melihat dirnya lebih hebat dibanding dengan mereka ? Atas dasar apa ?

Perhatikan telingamu.

Engkau mendengar ghibah, fitnah, adu domba, dan perkataan-perkataan cela yang lain ?
Cermatilah wahai dengan dengan saksama buat satu malam sahaja.

Berapa kali engkau menyemak ayat-ayat al Quran dengan penuh khusyuk sehingga hatimu bergetar ?
Risiklah diri pada malam ini. Anda mengaji minggu ini, bulan ini, bulan sebelumnya ?

Mungkin ada yang mengatakan tidak, dan menunda-nunda hingga bulan Ramadhan untuk melakukannya, menunggu hingga lupa tempat engkau meletakkan al Quran. Mungkin juga ada yang menjawab YA, dab beruntunglah jika engkau termasuk salah satu di antara orang-orang yang dimuliakan Allah sehingga dapat membaca al Quran.

Selanjutnya, apa hasil yang engkau petik dari bacaan itu ? Berapa ayat yang membuatkanmu berhenti membaca lalu... air matamu mengalir kerana takut kepada ALlah ?Berapakah ayat al Quran yang menggoncangkan hati engkau di saat menyemaknya ?

Jangan-jangan... engkau membaca dengan hati yang sibuk dengan hal-hal lain, sehingga engkau tidak memperhatikan apa yang diucapkan Allah kepadamu ?

Diolah dari kitab Ma'alim al Suluk li al Mar'ah al Muslimah, Karya Habib Ali Al Jufri, Terbitan Dar al Ma'rifah, Beirut, cet 5, 1428 H/2007M

Terjemahan : Habib Ali al Jufri, Terapi Ruhani Untuk Semua, Cet II 2012, Penerbit Zaman, Jakarta.

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan al Mubarak 1433H

Alhamdulillah,

Maha Suci Allah yang mengurniakan kesihatan untuk sampai kepada bulan yang dinanti- nanti -Ramadhan al-mubarak. Terima Kasih ya Allah, kerana aku antara insan-insan yang Engkau pilih untuk mengisi Ramadhan yang mulia ini.




1)Tekad =niat yang betul
sehari sebelum menyambut ramadhan kareem ini, aku bertekad untuk memperbaiki diri, ingin mengubah    mentaliti agar sentiasa seiring dengan tuntutan agama.
Malu rasanya mengaku sebagai muslim namun kadang-kadang sesuatu suruhan sering dinafikan, mana-mana yang memberi manfaat diambil, mana-mana yang sukar pada pandangan hati tidak mahu dituruti, contohnya, solat taubat; walaupun dilihat ringan namun andai berterusan mengeraskan hati untuk tidak mengerjakan, sampai suatu ketika ajalku dijemput, penyesalan dah tak berguna lagi, Ya Allah, jadikanlah Islam sebagai pedoman hidupku, dan mati yang baik itu sebagai pengakhiran hayatku. timbulnya sifat separuh-separuh dalam beragama adalah kerana terlalu menurut nafsu dan kepentingan, namun tidak dinafikan juga kerana takutkan sesuatu kemudharatan berlaku, seolah-olah ada kuasa lain yang lebih berkuasa berbanding Allah yang Maha Kuasa, masya Allah..kerana mengikut akal yang logik tanpa ditsabitkan dengan nas al-Quran dan sunnah Rasulullah maka lahirlah ramai manusia yang begitu open minded dalam kehidupan sehari-hari (secara tidak sedar sebenarnya hidup berpaksikan hedonisme semata-mata). 


 “Dan Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa agama (sistem hidup) yang sebenarnya untuk dimenangkan di atas segala bentuk agama (sistem hidup) selainnya, walaupun orang-orang yang syirik tidak menyukainya.” (As Saff: 9)


Membangunkan pemikiran bukan sesuatu yang sukar, namun untuk mengistiqamahkan sesuatu usaha menuntut pengorbanan yang berterusan dan tentunya menyakitkan. 




“Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar“ – Surah Al-Anfaal, ayat 46
“Apa yang di sisi kamu itu akan hilang dan apa yang di sisi Allah itu yang kekal.  Dan akan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu pembalasan, menurut yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya“ -“ Surah An-Nahl,  Ayat 96
Hadith Nabi saw bersabda -  “Sabar itu separuh iman“

Keyakinan pada qada' dan qadar Allah perlu dikukuhkan dengan berlapang dada menerima segala cabaran walaupun menyakitkan. 

Akhir kalam, selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini dengan penuh ketaqwaan dan semoga natijahnya nanti adalah suatu hijrah yang baik dan berterusan :)
disini turut disenaraikan hint untuk menduduki exam sepanjang sebulan ini, seterusnya menjadi mahasiswa universiti ramadhan yang berjaya, insyaAllah :
  • Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
  • Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
  • Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
  • Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
  • Bermurah hati dan banyak menderma.
  • Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
  • Memberi makan untuk berbuka puasa.
  • Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
  • Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
  • Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dan apa-apa saja amalan baik yang lain, insyaAllah diberikan result yang baik jua oleh Allah :)

~aisju~

Ahad, 2 Oktober 2011

Terima Kasih Allah

Terima Kasih padaMu Allah,
kerana mengirimkan orang yang mendengki pada Kami,
kerananya kami bersabar,
kerananya kami bertambah pergantungan padaMu,
dan oleh disebabkan itu kami semakin dekat padaMu...insyaAllah..

Kami akur atas dugaan darimu ya Allah,
biar hati kami menangis menanggung sakit di dunia,
kami rela, agar kami tak terbeban sakit di akhiratMu.

Kami lemah ya Allah,
tapi kami kuat kerana kasih sayangMu,
oleh itu, semoga kami menjadi orang yang dekat denganMu,
hanya dengan dekat denganMu, 
kami tidak pernah kehausan kasih sayang selamanya.


Selasa, 6 September 2011

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan pada semua....mohon maaf atas segala kekhilafan dan kekasaran tutur bicara...smoga Ramadhan yang baru berakhir memberi banyak impak pada diri dan kehidupan...sentiasalah bersyukur padaNya atas segala nikmat yang diberi, jangan jadikan alasan dah habis puasa untuk menambah maksiat...perbaiki diri dan insafi bahawa umur tidak mengundur ke belakang tapi semakin menginjak ke depan..pesan selalu pada diri agar terus istiqomah dengan amalan yang baik walaupun dah habis Ramadhan.


pesan Saidina Ali : jangan kerana pujian orang makin bertambah amal, apabila dikeji menyebabkan kita mengurangkan amal, tetap lah pada amal yang sedia ada, bukan kerana pujian atau kejian tapi ikhlas keranaNya.


Selasa, 5 Julai 2011

The Tongue is the Sharpest Weapon

In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate


The tongue will one day reveal the real YOU, the tongue will one day speak out and show what is really in your heart. Be careful as to what you have taken into your heart.

Lets take a look at the water pot. What comes out of it?

Only that which you put into it. Therefore if you put water inside, only water would come out, if you put blood inside, only blood would come out, if you put Zamzam inside, only Zamzam would come out, if you put dirty water inside, only dirty water will come out.


Now lets take a look at a vital organ, The Heart. The heart is the same as the water pot, what ever you put inside, the same shall come out. Let us be careful as what we do, what we see, what we feel, how we behave, etc etc.

So what ever we take in and absorb will one day come out.

And how will it come out? the tongue!

Women impure are for men impure, and men impure for women impure and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity:these are not affected by what people say:for them is forgiveness, and a provision honourable (Surah Nur verse 26)

in malay tranlated : (lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Abu Hurairah (radiallahu anh) reported:The Prophet (salallahu alaihi wa sallam) said, "He who believes in Allah and the Last Day must either speak good or remain silent." [Muslim]

Therefore, before we say something should think first. We use the tongue to say something good and not wasted or better yet we keep quiet. That is more benificial than we said things that can lead to sin. Those who believe, do not talk about nothing in vain and useless.

“Verily, Allah does not look at your faces and your actions but he looks at your hearts and your intentions.”



Khamis, 23 Jun 2011

ku sayang kamu ....wink3

Alhamdulillah finally.....oh yeaaaaahhhhhh....u really make my life so beautiful...huhuhuhu...

Doa ketika ditimpa musibah




إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم آجرني في مصيبتي واخلف لي خيراً منها

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah, berikanlah padaku ganjaran pada apa yang menimpaku dan gantikanlah buatku kebaikan daripadanya.


semoga Allah tidak mengujiku dengan kehilanganmu lg.....sayang kamu....muahhhhhhaaahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Rabu, 15 Jun 2011

mood T_T

damn tired!!!!!woooohaaaaa....

It's really make me sick...waaaaaaaaa...waaaaaaa...

p/s:lazy song please....heheheheehehe