"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….
FREE PALESTINE

Rabu, 20 Oktober 2010

Suara

Suara...benarkah itu suaramu?
Yang memetir bak halilintar
Mengegar jiwa yang suci
Di terik panas mentari.

Suara itukah milikmu?
Yang mengucapkan kata-kata
Hina dan dusta
Pada dia yang mengasuhmu
Membelaimu dan menyayangimu.

Adakah kau jua yang masih lena?
Hanyut di bawa fantasi mimpi
Bersama alunan syair-syair palsu
Bait-bait yang memujamu
Adakah itu ingin mu?
Selimut cinta itukah
Yang kau damba
Buat hari esok dan selamanya?

Masihkah kau ingat
Suatu ketka dulu…
Ah,..mungkin saja kenangan
Lalu sudah kabur di mata mu
Kerna tidak biasa lagi pada
Tangis dan duka
Yang ada hanya senyum dan tawa.

Namun…
Sekadar ingatan buatmu
Tika dulu…
Seoarang wanita duduk bersimpuh
Di tangannya..adalah buaian
Di ayun buaian itu
Dengan kudrat wanitanya
Demi anaknya
Agar lena di peraduan
Waktu itu…
Tahukah kau letihnya si ibu
Kepayahan yang di galas
Takkan mampu di balas olehmu..
Kerna hayunannya penuh doa
Letihnya penuh redha
Hanya untukmu..
Pengarang jantungnya.

Di kala dewasa ini
Kau sudah pandai bergaya
Di depan bonda menghitung tua
Kerna tidak mengerti makna jasa

Tahukah kau wahai anak!
Bukan hartamu yang ibu pinta
Tetapi Cuma secangkir kasih mesramu
Buat ibu…
Sebelum tuhan
Menjemput ibu pulang.

p/s=moga diri ini anak yang taat pada ayah dan bonda dan terhindar daripada menjadi anak derhaka, nauzubillah min zalik.

0 comments: