"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….
FREE PALESTINE

Selasa, 21 September 2010

SELAMAT HARI RAYA


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang k
ami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolon
g hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.

Maha Suci Engkau ya Allah, Tuhan sekelian alam, syukurku ke hadratMu, atas segala nikmatMu untuk hambaMu yang hina ini.

saat ini, ku merindui si dia, inginku bersalam dengannya sebagai tanda kasihku padanya, namun Allah lebih menyayanginya.
betapa tuhan sahaja yang tahu rindu yang teramat padamu ayah, maafkan
dosa ku, keterlanjuran kata dan perbuatanku sampai saat ini.
maafkanku jua kerna tak menziarahi pusaramu, walau hati benar-benar tak mampu menanggung berat rindu untuk bertemumu biarpun hanya sekadar melihat batu nisan yang kaku tanda adanya jasad yang kusayangi diperut bumi.
ini suratanNya yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, walau apepun ujiannya, pada Allah kami berserah dan padamu Ayah, kami tetap sayang padamu.

hatiku sedikit terubat dengan sebuah artikel bertajuk 'kiriman doa buat arwah'-majalah solusi, disitu ada dicatatkan sepotong ayat al
-Quran.
Allah berfirman yang bermaksud:
"dan tidaklah sama orang yang hidup dengan orang yang mati. sesungguhnya Allah , dapat menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mendengar, dan engkau wahai Muhammad tidak dapat menjadikan orang di dalam kubur mendengar." (surah Fatir 35:22)

doa penghubung antara kita dan ibu atau ayah yang telah pergi menghadapNya.
Allah mengajar kita untuk mendoakan ibu bapa kita. Allah berfirman:
maksudnya: wahai Tuhan, kasihilah mereka berdua (ibu bapa), sebagaimana mereka mengasihiku (mengasuhku) ketika kecil." (surah Isra' 17:24)

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "jika seorang manusia telah meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim no.1631)

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasululla
h bersabda yang bermaksud: "sesungguhnya seorang lelaki akan diangkat darjatnya ke syurga. Maka dia bertanya:'bagaimana aku boleh berada disini?'Maka di jawab:' dengan doa anakmu untuk dirimu." (riwayat Ibn Majah no. 3660. sanadnya sahih sebagaimana al-Zawaid)

Moga Allah akan berterusan melimpahkan rahmat dan keampunanNya buat mu Ayah.
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA. MAAF ZAHIR BATIN.

0 comments: