"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….
FREE PALESTINE

Ahad, 14 Mac 2010

Al-Fatihah Ke Atas Syeikh Al-Azhar Mohamed Sayyid at Tantawi



Kematian yang mengejutkan para pencinta ilmu agama, khususnya mereka dari kalangan Al-Azhari ekoran kematian mengejut Syeikh Al-Azhar, Mohamed Sayyid at Tantawi pada pagi 10 Mac, Rabu di Lapangan Terbang Riyadh.

Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung yang kritikal, semasa usia beliau menjangkau 82 tahun.

Semoga pemergian beliau dirahmati Allah dan sentiasa berada di dalam keampunan Allah.

Al-Fatihah....

Jumaat, 12 Mac 2010

kenali pergerakan wanita

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah


Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri


Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon
wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.



3. Jika berjalan suka menunduk


Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan
boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati
lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan


Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak
mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
perpengalaman luas.


5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri


Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang
akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak


Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya.
Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah


Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Tips dari Kanjeng Pengeran Harya Tjakraningkrat dari bukunya bertajuk “Bethaljemur Addamakna”. Beliau mendakwa setiap gerakan wanita ketika berjalan, itu melambangkan keperibadiannya.

Rabu, 10 Mac 2010

penatkah menghadapi hidup ini??

penat la camni, asyik aku je kne beralah..
mak aku plk asyik membebel-bebel jer...ayah aku balik umh je marah2..
kwn aku plk, tikam aku dr blkg..huh..benci la dia tu asyik wat jahat ng aku jer..ape mslh dia ntah..menyampah btul..
dia xske kt aku ker?????

itu mslh peribadi..errmmm, mslh lain pulak..

lecturer ni bg kerje xnk byk plk..nk mati aku siapkn..
ntah ape aku blja 1 sem ni, xnampak ape2 pun..asgment berlambak2..test berderet-deret..
adoi..bosannyer hidup ni...

itulah rungutn kita sehari-hari...
klu tulis kt diari tu, dh bleh copy n paste je..sbb ayat yg sme jer stiap hari,huhu.

BOSANKAH KITA DENGAN HIDUP KITA SEKARANG???

ape yg kita sedang hadapi adalah ujian..
siapa yang create ujian??tntukah jawapannya Allah SWT.

KENAPA ALLAH MENGUJI KITA??

jawapannye adalah sebagai tnda kasih syg Allah kepada kita, ujian yang Allah timpakan utk kita adalah sebagai kifarah akan dosa yang kita lakukan. sedih, rasa sunyi atau keseorangan adalah suatu perasaan yang dilahirkan hati, Allah sengaja menciptakan perasaan itu buat kita agar kita tidak terleka dengan rasa gembira berpnjangan tanpa mengigati Allah. bila hati kembali mengigati Allah, kita mula menghindari dosa dan mula mencari keredhaanNya dan mengharapkan pada stiap doa agar terhindar drpd nerakaNya.

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?

..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..
(albaqarah:216)

Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(albaqarah:286)

… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
(alinsyirah:5&6)

“Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When will come the Help of Allah?’
Yes, certainly the Help of Allah is near!”
[Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?

::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::
(alimran:139)

.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji:.
.Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.
(alankabut:2&3)

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Ar-Ra’d: 28)

Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..
(Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

“Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?”
(Quran 23:115):

?Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?
- Surah az-Zariyat: ayat 56.

Demi masa:.
.:sesungguhnya manusia dalam kerugian:.
.:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:.
.:yang berpesan pada kebenaran:.
.:yang berpesan pada kesabaran:.
(alquran:al-asr)

..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku..
(alqasas:24)

Rabu, 3 Mac 2010

matlamatku

bismillahirahmannirahim..
segala puji bagi Allah, dan selawat dan salam buat junjungan mulia, nabi Muhammad SAW.

diari harian vs diari kehidupan.
ape beza??
diari harian adalah diari yang kita gunakan untuk menulis ape sahaja peristiwa yang berlaku pada kita setiap hari, ermmm..
kalau diari kehidupan pula, cuma mengandungi ape yang kita harapkan dalam hidup kita, macam suatu plan kehidupan laa.
errrmmm ada beza tak??huhu


ok kalau mahu lebih jelas, saya bagi contoh,
diari harian = hari ni aku bosan gler, dengan asigment berlambak-lambak, kunci pulak ilang, test berderet-deret, turun je dri bas kne kejar dek anjing...bla..blaaa..

kalau diari kehidupan pulak,
cuma mengandungi matlamat jangka pendek, matlamat jangka panjang, ape yang ingin dicapai, cycle of life, belanjawan dan simpanan,umur bape nk kwen misalnye laa,umur berapa nk sambung master dan macam-macam lagi.

knape saya nk citer ttg perkara ni??
sebab saya byk mengikuti prgrm motivasi, tapi masih xclear dengan matlamat hidup saya, manakan tidak, setiap matlamat save kt otak je, tak ada list atau timeline yang blh meningkatkn motivasi diri utk capai matlamat yg save kt otak tu,huhu.so, sebenarnya, sekurang-kurangnya, kita perlu ada satu peta atau plan hidup sbg guide kita, bila lupa atau lalai, plan yg kita lukis dan tampal kt dinding tu menjadi peringatan, klu xcaya try buat,insyaallah, memudahkan hidup kita kelak.
sape yang kaki novel tu, kalau baca novel ayat2 cinta atau tgk movie tu, mesti ingt ttg si fahri yg punya perancangn hidup, ble dia nk abes blja dan kahwin.

terima kasih pada sumber maklumat, kawan baik saya,akk@ninja girl yang sudi memberi value added kpd saya, thanks a lot.

siapakah dia??

Dia,
senyuman yang menawan,
Dia,
punya lembut tutur kata,
Dia ,
yang menawan hati sesiapa yang mendekatinya,
Dia,
lelaki yang didamba.

aku..ingin mengenalinya lebih dekat,
namun aku merasa malu..
bagaimanakah harusku lakukan ya Allah?
berikanlah sedikit ruang di hatinya buat diri yang hina ini,
kerna aku cinta padanya, dan ku harapkan agar dia turut mencintaiku,

siapa dia???
dia kekasih Allah
dia inspirasiku,
dia rahmat seluruh alam,
dialah Habiballah,
RASULULLAH sallahu alaihi wassalam
rasul junjungan mulia.

kami rindu akan dia,
dia contoh akhlak mulia,
selawat dan salam kami hadiahkan buatnya,
walaupun kami tidak pernah mengenali,
atau melihat seraut wajahnya,
namun dia...
kan tetap kami sayangi.