"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….
FREE PALESTINE

Rabu, 29 Oktober 2008

Apakah aku orang yang bersyukur??

Pagi ini
ku bangun dengan kemalasan
untuk sujud padaMu ya Allah
sedangku tahu
ada yang di tidurkan selamanya
tanpa dapat kecapi
alam indah ini lagi.
apakah aku bersyukur?

hari ini
aku membentak kata-kata orang tua ku
ku balas kasih sayang mereka
dengan racun bisa
hinggaku tidak sedari
aku telah menitiskan air mata bonda
inilah dosa seorang anak..
ku lupa..
bahawa di luar sana
ada anak-anak kecil
yang ketandusan belaian ibu bapa
mereka merayu dan meminta
di hujung kasih sayang Rabb
walau tak di pulangkan ibu bapa mereka ke dunia
moga disana kedua-duanya bahagia,lalu
dihulur titipan doa yang tak pernah luntur
di setiap sujud kasih kepada Allah.
kini tidakkah aku bersyukur??

ketika ku di hidangkan makanan yang kurang lazat
ku hamburkan dengan kata-kata cacian..
tidak pernah ku palingkan mataku
melihat ke luar sana
ada insan yang kelaparan
lalu di hulurkan hanya sekadar segelas air
di sambut dengan gembira dan syukur tak terkata
tidak merungut dengan pemberian itu
malahan yakin dengan Yang pemberi Rezeki
Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
adakah aku bersyukur??

0 comments: