Alhamdulillah,
Maha Suci Allah yang mengurniakan kesihatan untuk sampai kepada bulan yang dinanti- nanti -Ramadhan al-mubarak. Terima Kasih ya Allah, kerana aku antara insan-insan yang Engkau pilih untuk mengisi Ramadhan yang mulia ini.
1)Tekad =niat yang betul
sehari sebelum menyambut ramadhan kareem ini, aku bertekad untuk memperbaiki diri, ingin mengubah mentaliti agar sentiasa seiring dengan tuntutan agama.
Malu rasanya mengaku sebagai muslim namun kadang-kadang sesuatu suruhan sering dinafikan, mana-mana yang memberi manfaat diambil, mana-mana yang sukar pada pandangan hati tidak mahu dituruti, contohnya, solat taubat; walaupun dilihat ringan namun andai berterusan mengeraskan hati untuk tidak mengerjakan, sampai suatu ketika ajalku dijemput, penyesalan dah tak berguna lagi, Ya Allah, jadikanlah Islam sebagai pedoman hidupku, dan mati yang baik itu sebagai pengakhiran hayatku. timbulnya sifat separuh-separuh dalam beragama adalah kerana terlalu menurut nafsu dan kepentingan, namun tidak dinafikan juga kerana takutkan sesuatu kemudharatan berlaku, seolah-olah ada kuasa lain yang lebih berkuasa berbanding Allah yang Maha Kuasa, masya Allah..kerana mengikut akal yang logik tanpa ditsabitkan dengan nas al-Quran dan sunnah Rasulullah maka lahirlah ramai manusia yang begitu open minded dalam kehidupan sehari-hari (secara tidak sedar sebenarnya hidup berpaksikan hedonisme semata-mata).
“Dan Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa agama (sistem hidup) yang sebenarnya untuk dimenangkan di atas segala bentuk agama (sistem hidup) selainnya, walaupun orang-orang yang syirik tidak menyukainya.” (As Saff: 9)
Membangunkan pemikiran bukan sesuatu yang sukar, namun untuk mengistiqamahkan sesuatu usaha menuntut pengorbanan yang berterusan dan tentunya menyakitkan.
“Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar“ – Surah Al-Anfaal, ayat 46
“Apa yang di sisi kamu itu akan hilang dan apa yang di sisi Allah itu yang kekal. Dan akan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu pembalasan, menurut yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya“ -“ Surah An-Nahl, Ayat 96
Hadith Nabi saw bersabda - “Sabar itu separuh iman“
Keyakinan pada qada' dan qadar Allah perlu dikukuhkan dengan berlapang dada menerima segala cabaran walaupun menyakitkan.
Akhir kalam, selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia ini dengan penuh ketaqwaan dan semoga natijahnya nanti adalah suatu hijrah yang baik dan berterusan :)
disini turut disenaraikan hint untuk menduduki exam sepanjang sebulan ini, seterusnya menjadi mahasiswa universiti ramadhan yang berjaya, insyaAllah :
- Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
- Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
- Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
- Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
- Bermurah hati dan banyak menderma.
- Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
- Memberi makan untuk berbuka puasa.
- Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
- Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
- Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dan apa-apa saja amalan baik yang lain, insyaAllah diberikan result yang baik jua oleh Allah :)
~aisju~