"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….
FREE PALESTINE

Ahad, 2 Oktober 2011

Terima Kasih Allah

Terima Kasih padaMu Allah,
kerana mengirimkan orang yang mendengki pada Kami,
kerananya kami bersabar,
kerananya kami bertambah pergantungan padaMu,
dan oleh disebabkan itu kami semakin dekat padaMu...insyaAllah..

Kami akur atas dugaan darimu ya Allah,
biar hati kami menangis menanggung sakit di dunia,
kami rela, agar kami tak terbeban sakit di akhiratMu.

Kami lemah ya Allah,
tapi kami kuat kerana kasih sayangMu,
oleh itu, semoga kami menjadi orang yang dekat denganMu,
hanya dengan dekat denganMu, 
kami tidak pernah kehausan kasih sayang selamanya.