"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….
FREE PALESTINE

Sabtu, 30 Januari 2010

AL HIKMAH SAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ


Khalifah ar Rasyidin yang pertama dan sahabat utama Rasulullah SAW, Syaidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:


1. siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar lautan dengan tidak berperahu.


2. kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:

  • cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
  • dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
  • akhirat itu kegelapan dan penerangnya adalah amal soleh.
  • kubur itu kegelapan penerangnya adalah kalimah "La ilaha illallah Muhamamadur Rasulullah."
  • siratul ustaqim itu kegelapan penerangnya adalah yakin.

3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, amggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluarlah rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat,terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluar Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

4. sayidina Abu Bakar berkata: terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:
  • menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
  • syukur perhiasan kepada nikmat
  • sabar perhiasan kepada bala
  • tawaduk perhiasan kepada kemuliaan
  • berlemah lembut perhiasan kepada ilmu
  • merendah diri perhisan kepada orang yang bercakap
  • meninggalkan riak perhiasan kepada kebaikan
  • khusyuk perhiasan kepada sembahyang
5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya hingga dia menceraikan perhiasan itu.

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu yang dicantas kemudian dimakan.

7. Dia berkata kepada para Sahabat: sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.