"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….
FREE PALESTINE

Isnin, 17 November 2008

Nurani: Hati raja kerajaan diri

SETIAP kerajaan mempunyai ketua atau raja. Bagi kerajaan diri, rajanya ialah hati dan kerana itu ia perlu dipelihara sebaik-baiknya, diberikan pendidikan dan asuhan sebegitu rupa, supaya kerajaan yang ditadbirnya dalam keadaan baik.Begitupun, hati mempunyai dua penasihat iaitu akal dan nafsu. Ketika akal mengambil peranan sebagai penasihat, hati menjadi baik kerana pertimbangan dapat dibuat seadil-adilnya, tetapi apabila nafsu menjadi penasihat, hati turut berubah menjadi jahat.Ketika hati menjadi raja kepada sistem kerajaan diri, anggota fizikal yang lain, seperti mata, telinga, mulut, tangan dan kaki adalah rakyat yang perlu mengikut segala perintah dan peraturannya. Jika hati memerintahkan perkara baik, anggota badan sebagai rakyat mengikut saja perintah berkenaan, turut melakukan perkara yang baik, tetapi apabila hati memerintahkan kejahatan, jahatlah perbuatan dilakukan anggota badan. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Di dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging, apabila daging itu baik, baiklah seluruh anggota badan dan jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah hati."Hati mempunyai keistimewaan berbanding anggota yang lain. Ia adalah raja yang luar biasa, mahu tidak mahu kena ditaati rakyatnya. Disebabkan ada hatilah manusia dapat mentadbir dan menjalani sistem kehidupan di alam maya ini.Di dalam hati bersifat tersembunyi, pemimpinnya juga tersembunyi. Malaikat memimpin hati dengan benda yang datang daripada Allah manakala syaitan memimpin hati dengan benda yang datang daripada iblis.Walaupun pada hakikatnya semua perlakuan daripada Allah, tetapi kita sandarkan perkara jahat kepada syaitan manakala perkara baik daripada Allah. Dari Allah semestinya tepat lagi benar manakala daripada syaitan adalah kekufuran dan tidak baik.Orang selalu mengatakan kulit luaran sangat sensitif kepada sesuatu, tetapi sebenarnya hati yang berada di dalam diri lebih peka, sama ada pada perkara positif atau negatif. Hati akan cepat terasa dan cepat tersinggung, malah dengan tiba-tiba juga boleh hilang semua perasaan itu.Kadangkala disebabkan manusia tidak meneliti perjalanan hati di dalam diri, mereka berasa sudah cukup baik dan tenang, sedangkan hakikat adalah sebaliknya, kerana sebaik saja datang cabaran atau rangsangan dari luar, hatinya mudah cair, goyah dan tidak lagi tenang.Contohnya, apabila anda dimarahi, anda berasa mahu memarahi kembali orang terbabit. Ini menunjukkan anda mempunyai sifat pemarah. Apabila tiada rangsangan itu, anda merasakan tiada sifat pemarah dan hati sudah berkeadaan baik.Walaupun hati manusia cuma satu, tetapi kerana pelbagai cabaran mendatang, timbul pelbagai perasaan dan kesedaran. Seseorang yang berjaya akan berasa bangga atau riak dan ego dengan kejayaan itu dan ada juga berasa syukur, malah malu kepada Allah. Pada waktu itulah hati yang sensitif akan sedar.Jika hati tidak sedar dia sudah berbuat baik, ia adalah sifat terpuji kerana tidak berbangga dengan kebaikan itu. Tetapi jangan pula sehingga hati tidak bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya manusia dapat melakukan kebaikan.Perkara paling buruk ialah apabila hati tidak sedar ia sebenarnya jahat. Hati tidak sedar rangsangan yang datang membuatkan ia bangga atau ego.Lebih berbahaya apabila hati yang jahat dianggap sebagai hati yang baik, tidak sedar kejahatannya dan tidak cuba untuk berubah dengan bertaubat atau melakukan muhasabah, bahkan terus berbuat jahat kerana berasakan dirinya dalam kebaikan.Kemudian, rasa hati terbahagi kepada dua dan kedua-duanya adalah benih yang ditanam Allah ke dalam hati manusia. Ini adalah fitrah semula jadi, yang lahir bersama manusia, cuma sama ada ia subur atau terbantut bergantung kepada usaha manusia sendiri.Contohnya di kebun, benih jagung sudah ditanam dan terpulang kepada petani untuk menyiram, memberikan baja dan menjaganya. Apabila benih itu baik, tetapi tidak dijaga, mungkin ia mati sebelum tumbuh atau terbantut. Begitu juga dengan hati.Fitrah baik manusia apabila tidak disuburkan dari awal kemungkinan mati akhirnya. Sebaliknya, jika peringkat awal disuburkan ia akan berakar umbi di dalam hati sehingga dengan mudah hati menjadi baik.Apabila sudah terlewat baru hendak disuburkan, agak sukar kerana ia umpama benih yang terbiar lama tanpa disirami, dibajai dan dijaga.Perasaan positif pada hati boleh terbantut apabila dari kecil individu itu tidak dididik, dibimbing dan diasuh. Dia terpaksa menempuhi kesukaran untuk menyuburkannya.Benih yang positif dijaga dan disuburkan dari peringkat awal akan terus subur dan tidak perlu bersusah payah lagi apabila dewasa. Tetapi perasaan negatif sejak kecil sukar disuburkan, sukar untuk ditebang apabila sudah dewasa, ibarat pohon yang sudah teguh.Antara benih positif ialah perasaan kasih, penyayang, simpati, lemah lembut, pemurah, sopan, rendah hati, hormat, taat, baik sangka, reda dengan ketentuan dan sabar dalam menghadapi cabaran hidup manakala benih negatif ialah rasa benci, pemarah, besar diri, bangga, dendam, dengki, khianat, bakhil dan suka menabur fitnah. Jadi, manusia sudah semestinya perlu berusaha menyuburkan sifat positif dan memadamkan sifat negatif sekiranya mahu kepada kejayaan, ketenangan dan keselesaan. Apabila sifat positif tumbuh subur, secara tidak langsung benih negatif terbantut atau terus padam. Dari situ, hati sebagai raja kepada kerajaan diri mula disinari dengan kebenaran dan kesucian, malah segala tindakan yang bakal dilakukan oleh rakyatnya terdiri daripada anggota badan yang lain juga adalah tindakan yang mulia lagi terpuji.

Rabu, 5 November 2008

Wahai kawanku

Kawan…
Ingatkah kau pada pondok itu?
Di tepinya kali nan tenang
Di depannya padi nan menghijau
Segar terasa...
Bagai di hampar permaidani alam.

Tika dulu,
Pada petang nan damai
Kita sama-sama bertatih-tatih
Meniti permatang
Kita sama-sama mengelilingi
Nyiur melambai
Dan... tatkala penat menjalari tubuh
Di tangga itulah kita bersimpuh.

Kawan,
Di pondok inilah
Janji kita berpadu
Bersaksi awan berarak pilu
Ku pegang erat jejarimu
Kerna esok…
Kerna esok kitakan berpisah
Mengalas cita nan cinta
Di haluan berbeza.


Sebasah keringat petani
Kini…
Kita sama-sama
Menuai kejayaan…
Namun..
Petang ini tak sedamai dulu
Kerna…
Di tangga pondok ini
Hanya aku…tanpamu.

Mungkin saja
Pondok ini tidak bisa
Terus memegang janji
Yang terpatri
Kerna usianya…
Namun ku inginkan
Agar kau (sahabatku)
Kembali ke sini
Walau hanya sedetik pertemuan
Sebelum pondok saksi ini
Menyembah bumi tuhan…

kawan

sunyinya dunia ini bila tiada insan bernama sahabat,kebosanan kerana yang ada cuma insan yang menjadikan kita hanya sekadar "barang keperluan". apabila ada keperluan,maka kita lah sahabatnya,namun...,apabila kita tidak diperlukan,kita tidak diendahkan lagi. di manakah makna ukhuwah fillah itu di letakkan. adakah pada posisi yang kita ingini sahaja atau pada posisi yang meletakkan Allah sebagai penaung utama. jika,Allah menjadi matlamat pada apapun perbuatan kita,kita akan lihat,dalam persahabatan itu,sentiasa berseri dengna rahmat Allah yang sememangnya sukakan kasih sayang dan keamanan antara sesama manusia. tapi,yang menyedihkan hari ini,ada kawan yang makan kawan,sanggup tikam sahabat dalam sembunyi, berlaku baik di depan tetapi di belakang hanya Allah sahaja yang tahu niat mereka. kerana itulah Rasulullah sentiasa mengingatkan umat Islam supaya pandai-pandai memilih kawan.

Ahad, 2 November 2008

Anda sedang bercouple ya..?

Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe.

Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun! Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu
sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA) Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.
Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.... Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
www.iLuvislam.comDiforwardkan oleh: afdhal87