Bismillahirrahmanirrahim....:)
i just sharing two of nice song and i thoght very simple n relaks song.
first is pemilik hati from sixth sense...very simple but let's us think of something... in our life, without air we will die...without our lovely parent we will not be exist in this beautiful world...and all of that we can found that something very powerful on us...let's guesss what????huhu...of course without Allah we got nothing...
second song is Cuba from Aidil, we here to be testing as a servant of Allah....Allah will give us reward if we can patient, put the effort to solve the problem even we thoght it's very worst and we can't face it, but believe it you can!!!trying..trying and trying until the end!!!! terbaeeeeekkkk!!
Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah
Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis
Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh
Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah
Hanya
Pada
Dia Dia
Cuba
Cuba
Cuba
Cuba
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Jumaat, 27 Mei 2011
Pemilik Hati & Cuba :)
Posted by AISJU at 6:07 PTG 0 comments
Jumaat, 8 April 2011
Ayah - 13 tahun pemergianmu T_T LUV U SO MUCH....
Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku
Percayalah ayah
Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah
Sering ku tanya
Mana tujuan
Namun hampa jawapannya
Begitu pun masa
Tiada mengizinkan
Perginya
Tinggalkan semua
Perjuangan
Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela
Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali
Perginya
Bertemu Ilahi
Bilakah pasti
Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya
Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang
Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni
Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari
Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya
Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang
Oh~ Ayah
Oh~ Ayah
Posted by AISJU at 12:15 PG 0 comments
Jumaat, 11 Februari 2011
Rabu, 19 Januari 2011
tika sedih datang bertimpa-timpa
aku hampir lemas dalam kelam rasa ini,
hampir jua ku gapai jari-jemari putus asa,
lelah untukku terusku hidup yang tersisa.
ingin ku menangis semahunya,
tika hati bagai dihiris halus,
kecewa,sedih,dan berbagai perasaan berbaur,
iman mula goyah,
syaitan pun mula merasuk fikiran.
saat kalimah Allah dilaungkan,
bait-bait pujian kepada Pencipta,
terluncur kata 'astagfirullahal azim'
bergetar jiwaku tika namaMu diulang-ulang
teringatku akan Allah sentiasa hampir pada hambaNya
sungguh ku terbuai pada kesedihan
hingga terlupa padaMu Allah.
aku tidak sendirian
dan aku takkan pernah sendirian selamanya
kerna ku ada Allah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
duhai hati yang terluka
ubatmu hanya zikir mengigatiNya
semakin banyak kau berzikir
semakin hati menjadi tenang
pergi jauh-jauh duhai 'sedih'
aku derita bersamamu.
::sekian>> dari hati yang kian sembuh::
Posted by AISJU at 12:08 PG 0 comments
Ahad, 19 Disember 2010
Menjana keuntungan berlimpah-ruah bersama
Ape yang kita faham tentang berkongsi keuntungan ni? Mesti kita akan terfikir tentang system multi level marketing(MLM) dimana system yang kita perlu cari lebih ramai orang untuk dapat lebih keuntungan . tapi, ape yang akan saya nak ceritakan kat sini bukanlah nak promote apa-apa barang untuk jualan, tapi masih tak lari daripada maksud BISNES, huhuhu.
Begini, Junjungan mulia Rasulullah SAW telah bersabda,
Sampaikanlah apa-apa daripadaku walau sepotong ayat..." [Sahih Bukhari daripada Abdullah Ibn 'Amr]
So, daripada hadith diatas, saya nak mengajak kawan-kawan untuk buat satu perniagaan, modalnya hanya beberapa butir nasihat yang disampaikan oleh Rasulullah, caranya adalah dengan menyampaikan nasihat tersebut pada kawan-kawan , saudara-mara dan siapa sahaja yang kita sayang. Mudahkan??? Jangan risau atau gusar, takkan ada tipu daya dalam perniagaan ini, sebab barang niaga anda adalah halal dan diredhai Allah.
Apa untungnya???of course la tak boleh dinilai sekarang, sebab nilai keuntungan yang kita akan perolehi tidak boleh ditukar kepada nilai currency (matawang) ciptaan manusia, keuntungan yang kita akan dapat akan ditransfer terus dalam akaun amal kebajikan akhirat.
Errmmm…sebelum saya terlupa, kalau anda yang mempunyai akaun-akaun facebook, twitter, frienster dll, gunakanlah untuk mendapat lebih ganjaran yang berlipat kali ganda sebab kawan-kawan anda kat semua akaun diatas mestilah ramai hingga beratus-ratus orang. Akhir kata, man jadda wa jadda (siapa yang berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya), lakukanlah seikhlas hati, moga Allah sentiasa bersama-sama kita.
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan terus dengan para alim ulama
p/s: kalau tengok tv, jangan tutup tika disiarkan alkuliyyah dan rancangan seumpama itu.
Kalau bace buku atau novel, jangan lupa bace alquran atau buku mengigatkan
kebesaran Allah
Rasulullah bersabda yang bermaksud: barangsiapa yang tidak mempedulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka.
Posted by AISJU at 8:04 PG 0 comments
Selasa, 14 Disember 2010
tekadku
maal hijrah yang bru melepasi 6 hari, tiba-tiba aku ingin membulat tekadku. banyak prioritiku yang selama ini aku tak ambil berat sangat pun antaranya pasal siapa yang perlu kucintai bila tak pernah set siapa yang kita perlu cintai, syaitan mudah la melalaikan agar mencintai sesuatu yang tak pasti dan melekakan. aku ingin mengapai cinta Allah, cinta Rasulullah, cinta mak dan ayah, cinta pada ilmu, cinta pada kedamaian, cinta pada kesabaran cinta pada keikhlasan, lebih tepat cinta pada suatu yang berbentuk mahmudah.
Aku tahu sebagai manusia seperti aku yang jahil bab agama, cinta yang kusebut tadi amat susah untukku capai, bak kata sahabatku siti husna 'kita perlu mujahadah'. tapi sebagai permulaan, seperti mana sabda nabi junjungan SAW:
Dari Umar bin Khathab Ra. berkata : "Aku telah mendengar rasulullah saw.bersabda : Sesunggunya segala amalan itu tergantung pada niatnya. dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya karena Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya.dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan di perolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju. (HR : Bukhari & Muslim).
bila dah niat, nak buat amal memang susah tapi dengan keikhlasan dan kesabaran melakukanya insyaAllah, Allah akan membantu. tapi dalam mencari keikhlasan, jangan kita buat sesuatu kerana INGIN DIPUJI DAN BUKAN PULA TAKUT DIKEJI ATAU DIBENCI, biar Allah yang menilai niat kita.
Dari Abu Hurairoh RA. Berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda : Sesungguhnya manusia yang pertama kali dihukum oleh Allah pada hari kiamat, adalah seorang yang mati syahid. Maka didatangkan orang yang syahid itu, dan Allah mengenalkan nikmatnya dan orang yang "Syahid" pun mengenali ni'matnya. Allah berkata :"Apa yang kamu lakukan dengan nikmat itu? dia berkata : "aku berperang di jalanMu sehingga aku mati syahid" Allah berkata :"kamu telah bohong, akan tetapi kamu berperang supaya kamu dikatakan sebagai seorang pemberani. dan kamu telah disebut demikian. kemudian Allah memberikan perintah untuknya, maka ia diseret di atas wajahnya dan dilemparkan ke neraka.Dan seseorang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya, dan seseorang yang membaca al-qur'an. Maka didatangkan orang itu, dan Allah mengenalkan nikmatnya dan diapun mengenali ni'matnya, Allah berkata : "Apa yang kamu lakukan dengan nikmatmu itu?" orang itu berkata :"aku mempelajari ilmu dan mengajarkannya dan aku membaca al-qur'an itu semua kulakukan demiMu, Allah berkata :"kamu telah bohong!, akan tetapi kamu mempelajari ilmu agar orang2 mengatakan bahwa kamu orang yang berilmu dan kamu membaca al-qur'an supaya orang-orang mengatakan bahwa kamu seorang "qaari" dan kamu telah disebut demikian". Kemudian Allah memberikan perintah untuknya, maka ia diseret di atas wajahnya dan dilemparkan ke neraka.Yang ketiga, seseorang yang dilimpahi Allah harta yang banyak dan dia meng-infak-an semua hartanya itu, Maka didatangkan orang itu, dan Allah mengenalkan nikmatnya dan orang itu pun mengenali ni'matnya, Allah berkata : "Apa yang kamu lakukan dengan nikmatmu itu?" dia berkata :"Tidaklah aku meninggalkan satu jalan yang kamu cintai untuk mengnginfakan harta kecuali aku berinfak pada jalan itu hanya karenaMu. Allah berkata :" kamu telah bohong!, akan tetapi kamu melakukan itu supaya kamu dikatakan sebagai seorang dermawan, dan kamu telah disebut demikian. kemudian Allah memberikan perintah untuknya, maka ia diseret di atas wajahnya dan dilemparkan ke neraka.(HR. Muslim)
Posted by AISJU at 5:43 PTG 0 comments


