sampai bila masyarakat kita terus berdamping dengan ilmu-ilmu hitam, santau dan sebagainya ini, semata-mata mencapai matlamat untuk menghancurkan manusia lain...
tidak ada rasa kasihan langsungkah pada orang yang dianiaya??hanya sebab yang tak masuk akal, pinangan ditolak, mahu perniagaan lebih maju dari orang lain, mengejar pangkat dan kemewahan dan yang alasan yang paling bodoh adalah untuk mencuba ilmu hitam yang dipelajari pada orang lain.
tak takutkah pada azab Allah yang menanti bagi orang-orang yang zalim??mengapalah mudahnya manusia membuat aniaya pada orang lain sesuka hati,fikirlah dosa pahala, kita hidup cuma sementara sahaja, bila-bila masa pun Allah boleh ambil nikmat hidup ni daripada kita,takkan mampu kita menahan walau sesaat pun andai sudah tiba masanya!! sudah banyakkah amalan buat bekalan disana???perbanyakkanlah amalan padaNya,berbuat baik sesama manusia dan ikutilah ajaran Rasulullah SAW.
ingatlah janji Allah itu pasti!!!hentikan lah amalan khurafat yang masih menyelubungi masyarakat islam kita hari ini...sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik pada-Nya..
wahai orang-orang yang teraniaya..bersabarlah..Allah Maha penyayang dan Maha mendengar setiap keluh hatimu, teruskan berusaha dan bertawakal padaNya,kuasa Allah mengatasi segala-galanya, andai didunia ini kau anggap tiada keadilan buatmu, di padang mahsyar kelak pasti kau akan tersenyum dengan keadilan Allah yang pasti.
Khamis, 13 Mei 2010
hentikanlah penganiayaan!!!
Posted by AISJU at 8:15 PTG 0 comments
Ahad, 25 April 2010
25 April 1998
tarikh ini la tarikh yang selamanya kan ku ingati, pada pagi sabtu yang hening, aku kehilangan orang yang paling bermakna dalam hidupku, ayahku yang tersayang
walaupun telah 12 tahun ayah pergi tinggalkan kami, namun ayah sentiasa dihati kami, kami sentiasa merinduimu, ayah..
semoga kami terus tabah mengharung hidup ini tanpamu di sisi.
ya Allah, kasihi ayah kami, bahagiaknlah dia di sana, tempatkanlah ditempat orang yang beriman, jauhkanlah ia dari azab kubur dan azab neraka..amin..
Posted by AISJU at 9:38 PG 0 comments
Selasa, 20 April 2010
TEMUDUGA TERBUKA!!

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
p/s: Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Posted by AISJU at 5:13 PG 0 comments
AIRMATA RASULULLAH SAW...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita
Posted by AISJU at 4:17 PG 0 comments
Sabtu, 17 April 2010
selamat menghadapi imtihan..
andai kita menghitung semula usaha kita,mungkin tak mampu kita tersenyum ..namun,bila kita mengenangkan rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya,senyumlah..dan teruskan berdoa..moga Allah membantu dalam setiap urusanmu..bittaufiq wannajah fil imtihan!^_^

Posted by AISJU at 8:14 PG 0 comments
Ahad, 14 Mac 2010
Al-Fatihah Ke Atas Syeikh Al-Azhar Mohamed Sayyid at Tantawi

Kematian yang mengejutkan para pencinta ilmu agama, khususnya mereka dari kalangan Al-Azhari ekoran kematian mengejut Syeikh Al-Azhar, Mohamed Sayyid at Tantawi pada pagi 10 Mac, Rabu di Lapangan Terbang Riyadh.
Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung yang kritikal, semasa usia beliau menjangkau 82 tahun.
Semoga pemergian beliau dirahmati Allah dan sentiasa berada di dalam keampunan Allah.
Al-Fatihah....
Posted by AISJU at 11:31 PG 0 comments
Jumaat, 12 Mac 2010
kenali pergerakan wanita
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon
wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan
boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati
lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak
mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
perpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang
akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya.
Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Tips dari Kanjeng Pengeran Harya Tjakraningkrat dari bukunya bertajuk “Bethaljemur Addamakna”. Beliau mendakwa setiap gerakan wanita ketika berjalan, itu melambangkan keperibadiannya.
Posted by AISJU at 5:44 PG 0 comments



