Assalamualaikum...
bercerita tentang solat, kita yang dilahirkan islam kadang-kadang memandang remeh akan hal-hal seperti solat, apa yang penting bagi kita adalah cuma jangan tinggalkan solat, namun bagaimana kualiti solat kita?saya tertarik dengan artikel yang saya ambil dari satu page tentang indah solat dari perspektif sains.
Kajian ttg solat telah dilakukan oleh professor dari Amerika. Beliau bukan setakat mengkaji solat itu bahkan perintah berjemaahnya sekali. Beliau mencari sebab mengapa Islam mementingkan jemaah apabila bersolat.
Kajiannya mendapati tubuh manusia mengandungi 2 cas elektrik iaitu cas positif dan cas negative.Katanya dalam aktiviti harian seorang manusia, proses pembakaran tenaga akan berlaku. Dalam proses ini, berlaku pertukaran cas antara positif dan negative. Akibatnya ialah ketidakseimbangan cas dalam tubuh. Cas-cas ini perlu diseimbangkan kembali untuk kesegaran tubuh ke tahap normal.
Kajian profesor menunjukkan solat beramai-ramai atau berjemaah itu serta jumlah rakaat yg berbeza-beza antara satu solat dengan solat yang lain akan menyeimbangkan cas berkenaan. Dalam solat berjemaah, makmum perlu meluruskan barisan, digalakkan bertemu bahu dan bersentuhan hujung jari kaki.
Cas yang berlebihan, sama ada negative atau positif akan dikeluarkan dalam keadaan begini manakala yg berkurangan akan ditarik ke dalam badan.Semakin lama sentuhan ini berlaku, semakin seimbanglah cas yg dikeluarkan atau ditarik ke dalam.
Beliau mengatakan apabila kita tidur, tubuh kita mengandungi cas positif dan negative hampir seimbang. Justeru,kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itulah, solat Subuh hanya 2 rakaat.
Setelah sehari suntuk berkerja keras dan memerah otak, semua cas kembali tidak seimbang. Dengan solat berjemaah sebanyak 4 rakaat pada waktu Zuhur, hal ini dapat diperbetulkan. Empat rakaat bererti memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas.
Situasi yang sama berlaku pada sebelah petang tatkala banyak tenaga dikeluarkan untuk menyambung kembali tugas. Sekali lagi kita kehilangan banyak cas. Dengan hukum solat Asar sebanyak 4 rakaat, tubuh kita mendapat peluang untuk mendapat cas yang diperlukan.
Selalunya, pada sebelah malam kita kurang menggunakan tenaga. Antara waktu Magrib dan Isyak , masa yang ada hanya kira-kira sejam. Maka solat Maghrib dilakukan hanya 3 rakaat. Kemudian timbul persoalan di fikiran professor berkenaan tentang solat Isyak. Mengapa ia mesti dilakukan 4 rakaat sedangkan pada waktu itu kita tidak lagi melakukan aktiviti yang memerlukan pertukaran cas yang banyak.
Keistimewaan 4 rakaat pada waktu Isyak akan menstabilkan cas serta memberi tenaga untuk kita bangun malam bagi mengerjakan Qiamullail. Tanpa ragu-ragu beliau mengatakan betapa agama Islam itu sangat lengkap dan istimewa sekali. Bagi orang yang berfikir dan menggunakan otaknya, dia akan mempelajari banyak perkara. Tetapi, orang yg malas hanya menimbun bebalannya.
Isnin, 22 Februari 2010
SOLAT DARI PERSPEKTIF SAINS.
Posted by AISJU at 10:51 PTG 0 comments
Khamis, 18 Februari 2010
Dialog antara Allah dan manusia


terdapat sebuah hadis Qudsi dari Abu Hurairah r.a yang mengisahkan dialog indah antara makhluk dan Allah taala. Dalam hadis riwayat imam Muslim itu di sebutkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda, Allah S.W.T. berfirman :Aku membahagikan surah al-Fatihah separuh-separuh antara Aku dan hambaKu. Dan hambaKu berhak mendapatkan apa yang dia minta. Jika ada seorang hamba berkata "alhamdulillahirabbil'alamin", Allah berfirman, "hambaKu memujiKu'; jika ia membaca "al-rahmanir-rahim", Allah berfirman, "hambaKu memujiKu"; jika ia membaca lagi 'maaliki yaumid din', Allah berfirman, "hambaKu mengagungkanKu dan memasrahkan dirinya kepadaKu"; maka jika ia membaca "iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in ", Allah berfirman "ini antara Aku dan hambaKu, untuknya apa yang ia minta"; maka jika ia membaca lagi "ihdinas shiratal mustaqim...(dan seterusnya)", Allah berfirman , "ini untuk hambaKu dan baginya apa yang ia minta".
lafaz ini tak lain adalah lafaz solat. itulah mikrajnya kaum mukmin dan dialog indah antarahamba dan Penciptanya. setiap ayat dalam surah al-Fatihah yang di baca dengan khusyuk akan dijawab Allah dengan lembut dalam rahman dan rahimNya.
setiap kali si hamba membaca kalimah pujian padaNya, Allah menyahut ucapan tahmid itu dengan ujaran "hambaKu memujiKu". subhanallah...
Posted by AISJU at 6:02 PG 0 comments
MENGHAYATI KEMANISAN IMAN
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a,daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: barangsiapa mempunyai tiga ciri tersebut akan merasai kemanisan iman,iaitu
1)barangsiapa yang mengasihi Allah dan Rasulnya melebihi segala-galanya
2)sesiapa yang mengasihi sahabatnya hanyalah semata-mata kerana Allah dan,
3)sesiapa yang benci untuk kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan daripada kesesatan dan dikurniakan hidayah oleh Allah, sebagaimana ia benci benci di campakkan ke dalam neraka.
Posted by AISJU at 5:47 PG 0 comments
Rabu, 17 Februari 2010
sedih...

salam sahabat2...
ape kabar hari ini?
saya ada beberapa soalan yang mengharapkan pendapat dari kalian
harap2 sudi lah berkongsi..
bila melihat pelbagai bencana alam yang menimpa dunia, baru kita sedar akan sabda nabi Muhammad bahawa dunia ini dengan kiamat dekatnya adalah antara 2 jari, tapi bagaimana persiapan kita menghadapinya???
ada di kalangan kita yang cuma berpegang dengan pendapat kawannya yang dianggap lebih pandai dari ustaz!! banyak pendapat yang diambil dari kwnya yg kononnya lebih pandai drpd ustaz tu,menyimpang drpd ape yang tercatat di dalam al-Quran dan sunnah..nauzubillah,namun itulah realitinya,agama dianggap mudah oleh sesetengah orang,meremehkan urusan agama,seolah-olah masih ada banyak masa lagi utk dia bertaubat!!!
bagaimanakah untuk kita emnasihati mereka,sedangkan kita dah tegur tapi masih tidak di endahkan??
perkara mustahak seperti solat diabaikan,tapi sibuk tunjuk pandai dalam perkara lain, contohnya tentang pentafsiran ayat al Quran.
Posted by AISJU at 8:00 PTG 0 comments
Khamis, 4 Februari 2010
rindu yang teramat sangat

putaran roda alam yang di ciptakan Allah, membawaku kembali di waktu ini..
kala semua insan sedang diulit mimpi indah...
aku masih termenung mengimbau masa silamku...
aku cuma anak peneroka felda...
kehidupanku seperti kanak-kanak yang lain..
tiada yang istimewa..
namun..pada suatu ketika..
setelah aku kehilangan orang yang ku kasihi..
aku mula menilai erti kehidupanku..
pada mulanya cuma rasa kehilangan dan keinginan untuk memilikinya semula
namun..setelah kufahami.
begitu banyak hikmah yang Allah berikan untuk aku
segalanya datang..tanpa kusedari.
kehidupan tanpanya disisi,mengajarku erti sabar dan tawakal
kerana aku tahu,walaupun dia sudah meninggalkan aku begitu lama
namun setiap apa yang aku lakukan,dia tetap di hatiku
namun...
rasa terkilan kadang-kadang terlintas juga dihati
terutamanya andai ku beroleh kejayaan
tak pernah sekalipun dapat kukongsikan dengannya
walhal kejayaanku datangnya dari redhanya kepadaku
inspirasinya role model ku
kekuatannya sumber kesabaranku..
(inspirasiku=ayah yang kukasihi,moga kau sentiasa dirahmatiNYA, YA ALLAH kasihi dia, peliharalah dia,jangan YA ROBB KAU biarkan dia keseorangan tanpa belai kasih sayangMU..aminnn)
Posted by AISJU at 8:35 PG 0 comments
Sabtu, 30 Januari 2010
AL HIKMAH SAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ
Khalifah ar Rasyidin yang pertama dan sahabat utama Rasulullah SAW, Syaidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:
1. siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar lautan dengan tidak berperahu.
2. kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:
- cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya
adalah taqwa. - dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
- akhirat itu kegelapan dan penerangnya adalah amal soleh.
- kubur itu kegelapan penerangnya adalah kalimah "La ilaha illallah Muhamamadur Rasulullah."
- siratul ustaqim itu kegelapan penerangnya adalah yakin.
4. sayidina Abu Bakar berkata: terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:
- menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
- syukur perhiasan kepada nikmat
- sabar perhiasan kepada bala
- tawaduk perhiasan kepada kemuliaan
- berlemah lembut perhiasan kepada ilmu
- merendah diri perhisan kepada orang yang bercakap
- meninggalkan riak perhiasan kepada kebaikan
- khusyuk perhiasan kepada sembahyang
6. Moga-moga aku jadi pokok kayu yang dicantas kemudian dimakan.
7. Dia berkata kepada para Sahabat: sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.
Posted by AISJU at 8:07 PTG 0 comments
Isnin, 14 Disember 2009
Maafkan aku sahabat..

maafkanku sahabatku
untuk ke sekian kalinya kita tidak mampu bertemu..
mungkin sudah takdirnya..
perpisahan kali ini agak lama..dan membosankan..
aku tahu..
mungkin boleh jadi kau mula jelak dengan alasanku..
namun tidak mampu oleh kudrat ku sahabat..
untuk menolak takdir ini..
suka duka kita kongsi bersama..
hingga saat ini..
sekalipun tidak pernah aku berdusta denganmu..
segalanya ku luahkan..
agar tidak kau merasa jauh dariku..
tali persahabatan yang sama-sama kita simpul..
akan tetap utuh buat selamanya..
sahabat kesayanganku,
andai kau teringatkan aku..
ingatlah..
cuma jarak yang memisahkan
tapi aku takkan jauh darimu..
aku memang sayang padamu seperti dahulu..
takkan berubah,
bukan seperti pantai yang berubah tika dilanda ombak
tapi seperti seteguh binaan langit ciptaan Allah kasihku untukmu.
ya Allah..
tatkala bahang mahsyar-Mu menjilat tubuh
izinkan kami sama-sama berteduh
tatkala mizan-Mu teliti mengira
beratkan neracanya atas setiap jasa
naungi kami di sana
berkati kasih kerana-Mu
ya Allah
andai ku layak menapak di syurga-Mu
kupinta sahabat-sahabatku bersama-samaku.
Amin ya Rabbal'alamin.
p/s: salam sayang pada sahabatku semua.
Posted by AISJU at 8:20 PG 0 comments

