"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….
FREE PALESTINE

Sabtu, 20 November 2010

nilai kasih sayangNya

daripada abu said al-kudri, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya didunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum mukmin kepada tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka mengatakan. “wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu solat bersama-sama kami, puasa bersama-sama kami dan mengerjakan haji bersama-sama kam. Tapi Engkau telah masukkan mereka dalam neraka. Allah berfirman ”pergilah dan keluarkan sesiapa yang kalian kenal daripada mereka. Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka. Diantaranya ada yang terbakar separuh kedua-dua betisnya, ada pula terbakar hingga kedua-dua lututnya, mereka pun mengeluarkannya lalu berkata : wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami. Allah berfirman : keluarkan sesiapa yang di dalam hatinya terdapat iman walau sebesar dinar, kemudian Allah berfirman lagi : siapa yang didalam hatinya terdapat iman sebesar setengah dinar?hingga firmanNya : siapa di dalam hatinya terdapat seberat zarah (keimanan)"

setiap muslim adalah bersaudara, begitu kuat pegangan atas nilai persaudaraan yang dilukis indah oleh Islam sebuah agama rahmat untuk semua umat Islam hinggakan terlihat didalam hadith diatas. umat Islam yang layak ke syurga tidak hanya gembira untuk diri mereka sahaja, malahan memohon pada Allah agar saudara-saudara seagama yang lain turut mendapat nikmat syurga, subhanaAllah. Dan Allah juga, dengan sifat kasih sayangnya membenarkan umat Islam walau mungkin nilai iman kita cuma sebesar zarah untuk menikmati nikmat syurga, Maha Suci Allah padaNyalah segala kebaikan dan kasih sayang yang tidak terhitung banyaknya.

p/s:credit to my friend>Siti Husna (^_^)